Sunday 17 February 2019

ERTI SEBENAR KEHIDUPAN

Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?


Apakah tujuan hidup kita di dunia ini sebenarnya?
Pernah anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini?
Untuk apa?
Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?
Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?
Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.
Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Manusia Umumnya Takut Dengan Sesuatu Yang Tidak Diketahuinya..

Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang-kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.
Mengapa?
Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi.
Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.
Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.
Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.
Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.
Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.
Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.
Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. 
Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

Ada Pula Orang Yang Merasa Memiliki Tujuan Hidup, Namun Tujuan Yang Dipilihnya Adalah Salah

Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.
Mengapa tidak tenang?
Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.
Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.
Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”
Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya.
Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.
Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.
Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.
Hamba harus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.
Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.
Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.
Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan”

Sunday 16 September 2012


Ada personal event to other ppl but he sms to me. make me feel uncomfortable. He should be more gentleman and settle his problem with his fella. Not make me as orang tengah. 
So aku ingin tenangkan diri. kt bwh ni coretan yg aku temui di beberapa fb dan blog. copy paste sbb minat. :)

Ya ALLAH..
Jika benar ini cinta... 
jagalah hatiku agar tidak berpaling daripadaMu..

Ya Allah..
Aku rindukan dia..maka jadikan rinduku keranaMu Ya Allah..
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu..

Ternyata kini aku semakin mengerti..
jauh ini bukan untuk menghukumku..tetapi..
jauh ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Berjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..
Berjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Berjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..
Berjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Kami yakin Ya Rabb....
dengan izinMu bila tiba saatnya nanti...
Kami akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhaiMu..InsyaAllah..

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” 
( Al-Anbiya’: 89)



Aku Hanya wanita biasa
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..

Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua itu pasti menjangkau tiba..

Buat dia bakal menjadi raja di hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku..

Buat Dia bakal imamku
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman dan Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarilah Aku..

Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah  hatimu Menerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..

Saturday 1 September 2012


Meow Hitam.

Lately ada sekor kucing hitam datang makan dgn kucing2 yg lain.
Ermmm....hitam sgt. Nyamuk suka hurung kucing tu. Cian.

Bulu bersih dan suka tido kt tpt yg bersih. Mesti ada penjaga.
I tanya kt Cik Salma. Ingat x kucing yg tahun lepas dtg berkurap kt atas leher tu. 
I rasanya ni la kucingnyer...Manja sgt.

Mlm tadi Cat Tam tido dgn Cik Salma dan pg td sondol2 i. Wake us to solat subuh. :))

Saturday 11 August 2012

Kenangan berbunga


Bunga Cempaka Telur

Teringat masa umurku 5-8tahun.......

Bau wangi cempaka itu serasa hingga kini

Emmm.....wanginya kenangan itu
Momen itu begitu menusuk ke mindaku
Nyai memetikkan ku sekuntum bunga cempaka telur
Kucium dalam-dalam wangian semerbak haruman
Ku buka setiap kelopak-kelopak cempaka putih itu
sambil kutanya macam soalan kepadanya
Titisan air embun meresap ditanganku.......


Magnolia Pumila...

Magnolia coco..
kan ku cari benihmu
kan ku tanam dirumahku
Moga kembang semerbak wangian menghiasi tamanku. :)

credit : www.flickr.com/photos/kmatsalleh/2641203879/

 credit : TopTropicals.com

credit : http://i693.photobucket.com/albums/vv292/sofiera/CempakaTelur.jpg